Thursday, July 2, 2009

PERTANDINGAN SENI KHAT

Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat ana, mudah²an semua sihat dgn hendaknya. Khususnya kepada sahabat mansurah, insyaAllah Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) telah mengadakan satu pertandingan mengasah bakat tangan yang berkebolehan dalam menulis seni al-Quran dengan kata lain Seni Khat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, insyaAllah boleh terus berurusan dengan ana bagi memudahkan kalam.


Syarat Pertandingan Seni Khat Terbuka Mansurah
anjuran Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli DPMM dan PCM.
2. Jenis khat yang dipertandingkan ialah dari jenis Seni Khat Nasakh atau Seni Khat Thuluth (pilihan).
3. Ayat pertandingan ialah daripada ayat surah al-Fatihah (seperti yang tertera di dalam paparan iklan).
4. Penyertaan bebas menggunakan media atau bahan dalam penulisan hasil karya, setiap hasil karya perlu mengikut kreativiti masing-masing.
5. Hasil karya perlu di hantar sebelum tarikh tutup pada 11 Julai 2009.
6. Panel hakim akan menilai hasil karya dari sudut :
  • Kaedah atau keaslian Seni Khat : 40 markah
  • Kebersihan : 20 markah
  • Hiasan tepi atau zukhruf : 20 markah
  • Kreativiti : 20 markah
7. Segala keputusan pengadilan adalah muktamad

MENGHAYATI PENULISAN KHAT,
MEMELIHARA TINTA AL-QURAN.

url iklan : KHASRAH | DPMM

Thursday, June 4, 2009

WALLPAPER BRUSHES

Hasil wallpaper ana dengan gabungan brushes.. ana nak minta komen dri kawan² atas hasil terbaru ana ni.. insyaAllah ana akan perbaiki jika ada yang lemah.. wallpaper bersaiz 1024 x 768 pixels.. pada sesiapa yang berkenan klik save Download ye.. Bittaufiq insyaAllah..

al-khatat™ | aRtsDesiGner™

Tuesday, May 26, 2009

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.. hasil antara gabungan 2 jenis khat yang ana baru je tulis pagi 26hb mei.. Letih study lah kate org tu.. duk menulis pulk.. pertama dri bentuk bulatan tu dri jenis Khat Kufi Fatimi.. yang 1 lagi ni maklum dah kan.. insyaAllah mne y salah tu tegur2 lah ye.. dah lama sgt x menulis.. bittaufiq

Sunday, May 24, 2009

KHAT DIWANI JALI

Tulisan Khat Diwani Jali, hasil dari seorang khatat terkenal mesir. al-Ustaz Dr Mustafa Khudairi al-Khatat